Close

Penggodam GTA 6 terima hukuman tahanan seumur hidup di Hospital

Penggodam Grand Theft Auto VI (GTA 6) iaitu Arion Kurtaj menerima hukuman tahanan seumur hidup di hospital psikitari. Beliau hanya akan dilepaskan sekiranya doktor merasakan beliau tidak lagi menjadi ancaman kepada orang lain.

Arion Kurtaj merupakan salah seorang ahli kumpulan Lapsus$ yang bertanggungjawab dalam serangan siber ke atas Rockstar Games. Serangan tersebut telah menyebabkan Rockstar Games kerugian sekitar $10 juta dan pembangunan permainan tersebut terpaksa dihentikan sementara.

Tidak hanya menggodam Rockstar Games, Arion Kurtaj turut menggodam dua lagi syarikat iaitu Uber dan Nvidia.

Lebih menarik, Arion Kurtaj hanya menggunakan telefon bimbit, Amazon Firestick dan televisyen untuk menggodam Rockstar Games semasa beliau berada dalam tahanan polis di hotel Travelodge.

Arion Kurtaj yang berusia 18 tahun disahkan seorang autistik dan mengaku akan terus melakukan jenayah siber sekiranya dibebaskan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN