Close

OnePlus 12R dikesan melepasi SIRIM Malaysia

Selepas OnePlus 12 dikesan melepasi SIRIM Malaysia pada awal bulan lalu. Satu lagi peranti OnePlus iaitu 12R turut dikesan melepasi pengesahan SIRIM Malaysia. Sekaligus, memberikan bayangan yang peranti tersebut akan tiba secara rasmi untuk pasaran tempatan dalam masa terdekat.

OnePlus 12R dikesan melepasi pengesahan SIRIM Malaysia dengan kod model CPH2609 (OnePlus 12R). Peranti tersebut telah didaftarkan di bawah syarikat yang sama iaitu JIE BUSINESS SDN BHD pada 12 December 2023.

Untuk spesifikasi, OnePlus 12R dijangka akan hadir dengan skrin 6.78-inci OLED, cip Snapdragon 8 Gen 2, 16GB RAM LPDRR5X, bateri 5500mAh dan pengecasan pantas 100W. Menurut beberapa maklumat, OnePlus 12R dijangka akan diperkenalkan pada 4 Januari di China dan 23 Januari secara global.

ARTIKEL BERKAITAN