Close

Siri Redmi Note 13 akan tiba untuk pasaran global pada 4 Januari 2024

Sub-jenama kepada Xiaomi iaitu Redmi telah menjadualkan acara pelancaran untuk peranti baharu mereka iaitu siri Redmi Note 13 pada 4 Januari 2024 di India.

Seiring dengan pelancaran itu, Redmi telah berkongsi poster rasmi dan laman rasmi untuk pelancaran tersebut. Melalui poster dan laman rasmi yang dikongsi hanya satu model sahaja yang diperlihatkan iaitu Redmi Note 13 Pro 5G.

Namun begitu, kami menjangkakan lebih dari satu model akan diperkenalkan oleh Redmi pada acara tersebut. Di China, terdapat tiga model diperkenalkan iaitu Redmi Note 13, Redmi Note 13 Pro dan Redmi Note 13 Pro+.

Jika mengikut spesifikasi di China, Redmi Note 13 Pro hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.67-inci dengan paparan 120Hz. Dijana dengan cip Snapdragon 7s Gen 2 yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 512GB.

Seperti biasa, maklumat lebih tepat hanya akan diketahui selepas acara pelancarannya kelak.

ARTIKEL BERKAITAN