Close

iPad Pro 2024 mungkin sokong pengecasan MagSafe

Apple mungkin akan membawakan teknologi pengecasan tanpa wayar iaitu MagSafe pada iPad Pro generasi seterusnya yang akan dilancarkan pada 2024.

Menurut laporan, Apple akan menggunakan panel belakang jenis kaca bagi menyokong pengecasan MagSafe pada iPad Pro. Ia juga dikatakan akan menyokong protokol pengecas magnetik Qi2 yang dibangunkan oleh pengeluar pihak ketiga.

Pengecasan MagSafe tidaklah sepantas dari apa yang ditawarkan oleh pengecasan USB-C. Namun, ia memberikan pengguna lebih banyak pilihan untuk mengecas. Selain pengecasan, iPad Pro 11.1-inci dan 13-inci baharu dikatakan akan menggunakan reka bentuk baharu yang lebih baik bersama dengan skrin jenis OLED.

Walaubagaimanapun, tidak dapat dipastikan pengecasan MagSafe pada iPad Pro baharu ini sama seperti iPhone atau seperti pengecasan magnet pada Mac. iPad Pro baharu ini dijangka akan dikuasakan dengan cip M3 yang digunakan pada MacBook Pro.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN