Xiaomi akan memperkenalkan Teknologi EV mereka pada umum pada 28 Disember ini. Perkara tersebut dikongsi oleh CEO mereka iaitu Lei Jun melalui platform X.
Menurut Lei Jun, acara tersebut hanya mengenai Teknologi EV dan tiada sebarang produk akan diperlihatkan. Kita mungkin boleh menjangkakan yang Xiaomi akan memperlihatkan pelbagai teknologi dan juga kemampuan kecerdasan buatan yang akan dimuatkan pada kereta elektrik yang akan dilancarkan tahun depan.
Sebelum ini, kami ada melaporkan mengenai kereta elektrik pertama dari Xiaomi. Dua model dijangka akan diperkenalkan oleh Xiaomi iaitu BJ7000MBEVR2 (SU7) dan BJ7000MBEVA1 (SU7 Max). Kedua-dua model merupakan sedan empat pintu.
Kereta elektrik pertama dari Xiaomi ini dijangka akan dilengkapi dengan teknologi bateri CATL, sensor LiDAR dan dikuasakan dengan sistem operasi HyperOS. Model ini bakal menjadi pesaing kepada model seperti Tesla Model 3, Deepa SL03 dan BYD Seal.