Close

Lesen memandu boleh diperbaharui melalui MyJPJ bermula Februari 2024 – Ini yang perlu anda tahu

Selepas ini, rakyat Malaysia boleh memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan dengan lebih mudah secara atas-talian melalui aplikasi MyJPJ.

Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Pengangkutan iaitu Anthony Loke. Menurutnya, perlaksanaannya tersebut akan bermula pada Februari 2024. Perlaksanaan ini dijangka akan dapat memudahkan proses pembaharuan dalam masa yang dapat menjimatkan masa dan kos.

Selain itu, perlaksanaan dilihat akan menjadikan aplikasi MyJPJ sebagai pusat sehenti untuk pelbagai perkhidmatan di bawah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Berikutan dari perlaksanaan ini, kerajaan akan memberi rebat sebanyak RM5 kepada pengguna yang memperbaharui lesen memandu melalui aplikasi MyJPJ. Pemberian rebat RM5 ini bermula dari Februari hingga Disember 2024

ARTIKEL BERKAITAN