Close

Shopee dan Lazada mula kenakan Cukai jualan 10%

Beberapa platform pembelian atas talian seperti Shopee dan Lazada mula mengenakan cukai jualan 10% kepada pelanggan mereka berikutan perlaksanaan cukai tersebut pada 1 Januari 2024.

Pemberitahuan mengenai perlaksanaan cukai tersebut dibuat melalui mesej pop-up pada aplikasi atau diletakkan di bahagian maklumat jumlah produk.

Cukai jualan 10% hanya dikenakan kepada barangan import yang dijual pada harga RM500 dan ke bawah yang dibeli secara dalam talian dan dihantar dari luar negara kepada pelanggan di Malaysia.

Perlaksanaan cukai ini adalah untuk meningkatkan lagi daya saing produk tempatan. Selain itu, cukai ini tidak akan memberi kesan kepada produk dalam negara yang dibeli secara dalam talian.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai perlaksanaan cukai ini, boleh layari laman rasmi Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

ARTIKEL BERKAITAN