HONOR Malaysia akhirnya mendedahkan tarikh pelancaran telefon lipat baharu mereka iaitu Magic V2 yang akan diperkenalkan pada 16 Januari 2024.
Sebelum ini, HONOR Malaysia telahpun memberikan beberapa maklumat awal berkenaan dengan ketibaan Magic V2 ke pasaran tempatan. Magic V2 dikatakan telefon lipat paling nipis di pasaran ketika ini dengan tebal hanya 4.7mm ketika dibuka dan 9.9mm apabila dilipat. Selain paling nipis, Magic V2 dijangka akan turut menawarkan pelbagai peningkatan dari segi spesifikasi dan juga inovasi.
Namun begitu, maklumat penuh mengenai spesifikasi dan juga penawaran harga peranti ini masih lagi menjadi rahsia. Seperti biasa, maklumat tersebut hanya akan diketahui pada acara pelancarannya kelak. Sama-sama kita nantikan.