Close

OPPO Find X7 Ultra jadi telefon pertama di dunia guna kamera dwi-periskop

OPPO mencipta sejarah baharu selepas menjadi peranti pertama di dunia hadir dengan kamera dwi-periskop dan peranti pertama yang menggunakan sensor 1-inci generasi kedua Sony LYT-900.

Sejarah baharu tersebut dicipta melalui peranti andalan baharu mereka iaitu Find X7 Ultra. Seperti pada model sebelumnya, kemampuan kamera peranti ini akan turut dibantu dengan kerjasama dari Hasselblad.

Selain itu, keupayaan kamera ini akan turut dilengkapi dengan enjin HyperTone yang menjanjikan hasil imej kekal dengan warna semula jadi tanpa menjejaskan kualiti imej. Find X7 Ultra akan dilengkapi dengan tetapan kuad-kamera belakang dengan sensor utama 50MP 1-inci Sony LYT-900 + 50MP ultra lebar Sony LYT-600 + 50MP periskop Sony IMX890 + 50MP periskop  Sony IMX890.

Untuk spesifikasi, Find X7 Ultra dijangka akan hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 3, 16GB RAM LPDD5X, storan dalaman 512GB UFS 4.0, bateri 5000mAh, pengecasan pantas 100W dan 50W tanpa wayar. Namun begitu, terdapat berita kurang gembira mengenai peranti ini yang mana ia hanya tersedia untuk pasaran China sahaja buat masa ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN