Close

Siri OPPO Find X7 diperkenalkan – Guna Snapdragon 8 Gen 3, kuad-kamera 50MP dan pengecasan 100W

OPPO secara rasmi memperkenalkan peranti andalan mereka yang seterusnya iaitu Find X7 dan Find X7 Ultra. Siri ini lebih memfokuskan kepada kemampuan kamera dengan kerjasama Hasselblad.

Find X7 Ultra merupakan model paling premium dalam siri ini. Hadir dengan skrin LTPO OLED bersaiz 6.82-inci dengan resolusi QHD+. Turut menyokong papran 120Hz, ProXDR dan kecerahan puncak sehingga 4500 nits. Di jana dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 yang dipadankan dengan 16GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 4.0.

Dilengkapi dengan tetapan kuad-kamera belakang dengan sensor utama 50MP 1-inci Sony LYT-900 + 50MP ultra lebar Sony LYT-600 + 50MP periskop Sony IMX890 + 50MP periskop  Sony IMX890. Untuk swafoto ia hadir dengan sensor 32MP. Keupayaan kamera ini turut dibantu dengan sistem Hasselblad yang membantu untuk memberikan hasil imej yang lebih baik. Bateri 5000mAh dimuatkan yang dengan pengecasan pantas berwayar 100W dan tanpa wayar 50W.

Manakala untuk Find X7, ia hadir dengan skrin LTPO OLED bersaiz 6.82-inci dengan resolusi FHD+. Turut menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak 4500 nits. Dijana dengan cip Dimensity 9300 yang dipadankan dengan 16GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP Sony LYT808 + 50ML ultra lebar Samsung S5KJN1 + 64MP telefoto periskop dan swafoto 32MP. Turut dibantu dengan sistem Hasselblad yang menjanjikan hasil imej yang lebih baik. Bateri 5000mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas 100W.

Di China, OPPO Find X7 dijual pada harga bermula sekitar CNY3999 (RM2613) dan untuk Find X7 Ultra pula dijual pada harga bermula sekitar CNY5999 (RM3920).

ARTIKEL BERKAITAN