Close

Apple Vision Pro boleh mula dibeli bermula 2 Februari ini

Selepas diperkenalkan pada Jun lalu di acara WWDC 2023, set kepala realiti pertama dari Apple iaitu Vision Pro boleh dipra-tempah bermula 19 Januari dan penghantaran akan bermula pada 2 Februari.

Vision Pro dikuasakan dengan gabungan dua cip iaitu M2 dan R1. Menggunakan paparan dengan resolusi 4K untuk setiap mata bersama dengan 5 penderia utama dan 12 kamera. Menjalankan sistem operasi khusus yang dipanggil sebagai VisionOS.

Perkara menarik mengenai Apple Vision Pro adalah ia boleh digunakan dalam dua keadaan secara serentak iaitu dalam dunia sebenar dan juga dunia realiti maya melalui mod tembus. Selain itu, ia juga turut hadir dengan ciri EyeSight, membolehkan pengguna berinteraksi dengan orang di sekeliling secara terus dengan mata pemakai dapat dilihat.

Ciri lain yang turut dibawakan pada Apple Vision Pro adalah seperti sambungan akesori melalui Bluetooth membolehkan ia disambungkan pada MacBook yang dipaparkan dalam skrin maya dan hanya boleh dilihat oleh pemakainya sahaja.

Vision Pro ini dijual pada harga $3499 (RM16,016) yang didatangkan dengan Solo Knit Band dan Dual Loop Band. Selain itu, terdapat juga kain penggilap, bateri, kabel USB-C dan pengecasan USB-C yang turut tersedia semasa pembelian. Buat masa ini, Vision Pro hanya ditawarkan untuk pasaran Amerika Syarikat sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN