Close

Papan kekunci QWERTY fizikal untuk iPhone diperkenalkan – Sama macam Blackberry?

Pengguna iPhone kini boleh mengembalikan kenangan menggunakan papan kekunci QWERTY fizikal seperti Blackberry melalui Clicks. Clicks merupakan aksesori kerangka iPhone yang didatangkan dengan papan kekunci secara terbina yang diletakkan di bahagian bawah.

Clicks tampil dengan rekaan seperti papan kekunci Blackberry dan dicipta untuk meningkatkan pengalaman menaip yang lebih baik dalam masa yang sama dapat memberikan penggunaan skrin yang maksimum. Menarik mengenai aksesori ini adalah, ia tidak mempunyai bateri sebaliknya menggunakan sambungan Lighting atau USB-C yang disambungkan secara terus kepada iPhone.

Selain itu, Clicks turut dilengkapi dengan lampu untuk memudahkan menaip dalam keadaan gelap. Ia juga turut mengeluarkan bunyi semasa menaip dan menyokong pelbagai pintasan untuk menjadikan ia lebih pratikal untuk kegunaan harian.

Aksesori ini dilihat lebih memfokuskan kepada pencipta kandungan berbanding pengguna biasa. Clicks dijual pada harga sekitar $139 (RM646) hanya tersedia untuk 3 model iPhone sahaja iaitu iPhone 14 Pro Max, iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max.

ARTIKEL BERKAITAN