Close

Tesla dan Hyundai bekerjasama dengan Samsung dalam SmartThings Energy

Samsung mengumumkan kerjasama dengan Tesla dan Hyundai dalam usaha untuk mengembangkan SmartThings Energy. Melalui kerjasama ini, ia membolehkan pelbagai perkhidmatan dan produk yang disediakan oleh Tesla dan Hyundai diintergrasikan.

Melalui SmartThings Energy ia membolehkan pengguna memantau penggunaan Tesla Power, Solar Inverter, Wall connector charging dan kenderaan elektrik Tesla melalui aplikasi Samsung SmartThings yang boleh diakses melalui telefon pintar.

Selain itu, pengguna Tesla boleh menguruskan penggunaan kuasa dan status kuasa melaluinya. Kerjasama ini dilihat akan lebih memudahkan pengguna dalam mengurus dan memantau penggunaan kuasa melalui SmartThings Energy. Kerjasama di antara Samsung dan Tesla dijangka akan bermula pada suku ke-2 2024.

Kerjasama antara Samsung dan Hyundai lebih memfokuskan kepada perkhidmatan seperti “Home-to-Car” dan “Car-to-Home”. Perkhidmatan ini akan membolehkan pengguna mengawal rumah pintar melalui sistem infotaiment pada kenderaan dan juga sebaliknya. Sebagai contoh, anda boleh mengawal penyaman udara pintar di rumah melalui sistem infotaiment.

Intergrasi ini turut membolehkan pengguna memantau penggunaan tenaga rumah pintar dan kenderaan elektrik.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN