Close

Siri POCO X6 dan POCO M6 Pro kini rasmi di Malaysia dengan harga bermula dari RM999

POCO secara rasmi memperkenalkan barisan baharu peranti kelas pertengahan untuk pasaran tempatan melalui model POCO X6, POCO X6 PRO dan POCO M6 Pro. Hadir dengan pelbagai peningkatan spesifikasi dan juga reka bentuk yang lebih baik.

POCO X6 Pro

Merupakan model paling premium untuk siri POCO X6, dilengkapi dengan skrin AMOLED bersaiz 6.67-inci dengan resolusi 1.5K. Menyokong paparan 120Hz, kecerahan puncak 1800nits dan dilindungi dengan Gorilla Glass 5. Dikuasakan dengan cip MediaTek 8300-Ultra yang dipadankan dengan RAM LPDDR5X sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 4.0.

Dari segi fotografi, ia hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 64MP + 8MP ultra lebar + 2 MP makro. Untuk swafoto, ia hadir dengan sensor sebesar 16 MP. Bateri 5000mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas 67W.

Spesifikasi lain yang turut hadir adalah pembesar suara jenis stereo, NFC, IR Blaster, pengimbas cap jari, penarafan IP54 dan menjalankan sistem operasi baharu iaitu HyperOS.

Di Malaysia, POCO X6 Pro dijual pada harga RM1499 untuk 8GB + 256GB dan RM1699 untuk 12GB + 512GB. 

POCO X6

Tampil dengan spesifikasi asas yang sama seperti POCO X6 Pro. Dilengkapi dengan skrin AMOLED bersaiz 6.67-inci dengan resolusi 1.5K. Menyokong paparan 120Hz, kecerahan puncak 1800 nits dan dilindungi dengan Gorilla Glass Victus. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 7s Gen 2 yang dipadankan dengan RAM LPDDR4X sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 2.2.

Untuk fotografi, ia hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 64MP + 8MP ultra lebar + 2 MP makro. Untuk swafoto, ia hadir dengan sensor sebesar 16 MP. Bateri 5100mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas 67W.

Spesifikasi lain yang turut hadir adalah pembesar suara jenis stereo, NFC, IR Blaster, pengimbas cap jari, penarafan IP54 dan menjalankan sistem operasi baharu iaitu HyperOS.

Di Malaysia, POCO X6 dijual pada harga bermula RM1199 untuk 8GB + 256GB, RM1299 untuk 12GB + 256GB dan RM1499 untuk 12GB + 512GB.

POCO M6 Pro

Hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.67-inci dengan resolusi FHD+. Menyokong paparan 120Hz dan dilindungi dengan Gorilla Glass 5. Dikuasakan dengan cip MediaTek Helio G99 yang dipadankan dengan RAM LPDDR4X sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 2.2.

Untuk fotografi, ia hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 64MP + 8MP ultra lebar + 2 MP makro. Untuk swafoto, ia hadir dengan sensor sebesar 16 MP. Bateri 5100mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas 67W.

Spesifikasi lain yang turut hadir adalah pembesar suara jenis stereo, NFC, IR Blaster, pengimbas cap jari, penarafan IP54 dan menjalankan sistem operasi baharu iaitu HyperOS.

POCO M6 Pro dijual pada harga bermula RM999 untuk 8GB + 256GB dan RM1199 untuk 12GB + 512GB.

ARTIKEL BERKAITAN