Close

Siri HONOR Magic6 diperkenalkan – Guna Snapdragon 8 Gen 3, kamera periskop 180MP dan pengecasan 80W

HONOR secara rasmi melancarkan peranti andalan mereka yang seterusnya baharu iaitu siri HONOR Magic6 di China. Tampil dengan pelbagai peningkatan dari segi spesifikasi, kamera dan juga reka bentuk yang lebih baik.

Magic6 Pro hadir dengan skrin LTPO OLED bersaiz 6.81-inci dengan resolusi 1264×2800. Turut menyokong paparan 120Hz, PWM Dimmin 4820Hz dan kecerahan puncak sehingga 5000 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 yang dipadan dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 1TB.

Dari segi fotografi, Magic6 Pro menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan rekaan bulat. Kamera utama hadir dengan 50MP + 180MP periskop + 50MP ultra lebar. Untuk swafoto, ia tampil dengan sensor 50MP. Bateri 5600mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan berwayar 80W dan tanpa wayar 66W.

Manakala untuk Magic6, dilengkapi dengan skrin LTPO OLED bersaiz 6.81-inci dengan resolusi 1264×2800. Turut menyokong paparan 120Hz, PWM Dimmin 4820Hz dan kecerahan puncak sehingga 5000 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 yang dipadan dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 512.

Untuk fotografi, Magic6 hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan rekaan bulat. Kamera utama hadir dengan 50MP + 50MP ultra lebar+ 32MP telefoto. Untuk swafoto, ia tampil dengan sensor 50MP. Bateri 5450mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan berwayar 66W dan tanpa wayar 50W.

Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti Bluetooth 5.3, IR Blaster, NFC, penarafan IP68, pengimbas cap jari, WiFi 7, komunikasi satelit dan menjalankan MagicOS 8.0 yang berasaskan Android 14.

Di China, Magic6 dijual pada harga bermula sekitar CNY4399 (RM2874) sementara untuk Magic6 Pro pula dijual pada harga bermula sekitar CNY5699 (RM3724). Ditawarkan dalam 4 pilihan warna iaitu Black, Green, Blue, Purple dan White.

ARTIKEL BERKAITAN