Umum mengetahui, set kepala realiti pertama dari Apple iaitu Vision Pro telahpun dibuka untuk pra-tempahan bermula 19 Januari lalu dan penghantaran akan bermula pada 2 Februari ini.
Seiring dengan penjualanya, Apple telah mengemas kini halaman perkhidmatan dengan menyenaraikan kos baik pulih untuk Vision Pro. Untuk kos baik pulih bagi kaca penutup sekiranya retak adalah sekitar $799 (RM3771). Kos ini masih boleh dianggap sebagai murah.
Namun, sekiranya terdapat komponen lain yang perlu dibaiki ia dianggarkan sekitar $2399 (RM11,000) iaitu lebih separuh dari harga sebuah Apple Vision Pro baru yang dijual pada harga sekitar $3499 (RM16,000). Pengguna mempunyai pilihan untuk melanggan Apple Care+ pada harga $299 (RM1411) sekiranya tidak mahu membayar kos baik pulih yang mencecah RM11k.
Jadi, sekiranya anda bercadang untuk memiliki Vision Pro anda digalakkan untuk membeli casing yang dijual di Apple Store pada harga $200 (RM944). Buat masa ini, Vision Pro hanya dijual untuk pasaran Amerika Syarikat sahaja. Sekiranya ia dijual di Malaysia, adakah anda bercadang untuk memilikinya atau sebaliknya?