WhatsApp bakal memperkenalkan fungsi baru iaitu sharing with people nearby. Fungsi ini membolehkan pengguna berkongsi fail antara pengguna terdekat dengan lebih mudah dan pantas. Fungsi ini dilihat mirip seperti AirDrop untuk Apple dan QuickShare untuk Android.
Fungsi ini telahpun dikesan melalui WhatsApp Beta untuk Android dengan nombor binaan 2.24.2.20. Melalui screenshot yang dikongsi, memperlihatkan yang kedua-dua peranti perlu membuka fungsi yang sama untuk membolehkan pengguna menerima atau menghantar fail. Namun begitu, tidak dapat dipastikan mengenai jarak dan saiz fail yang disokong melalui fungsi ini.
Dari segi keselamatan, fungsi ini menyokong penyulitan hujung ke hujung dan nombor telefon pengguna akan disembunyikan kepada bukan kenalan. Fungsi ini dilihat akan memudahkan pengguna untuk menghantar atau menerima fail tanpa memerlukan ia dimuat naik terlebih dahulu sebelum boleh dikongsi.
Walaubagaimanapun, fungsi ini masih lagi dalam fasa pembangunan dan hanya tersedia untuk pengguna beta sahaja buat masa ini. Fungsi ini dijangka akan tersedia kepada semua pengguna dalam masa terdekat.