realme dijangka akan memperkenalkan barisan baru peranti kelas pertengahan premium mereka tidak lama lagi. Barisan baru ini akan dikenali sebagai siri realme 12.
Terbaru, spesifikasi paling premium siri tersebut iaitu realme 12 Pro+ 5G telahpun tertiris. Maklumat tersebut mendedahkan yang peranti ini akan dikuasakan dengan cip Snapdragon 7s Gen 2 yang akan dipadankan dengan 12GB RAM dan storan dalaman 512GB. Kekal menggunakan skrin jenis melengkung 120Hz sama seperti model sebelumnya.
Peranti ini turut menawarkan keupayaan kamera yang lebih baik dengan menggunakan sensor Sony IMX890 OIS yang digunakan pada OnePlus 11 dan realme GT3. Selain itu, peranti ini akan turut dilengkapi dengan kamera periskop potrait OIS untuk kemampuan zum dan potret yang lebih baik.
Dengan menggunakan cip ini, realme 12 Pro+ 5G akan menjadi pesaing kepada Redmi Note 13 Pro 5G dana POCO X6 5G. Maklumat lebih terperinci mengenai siri realme 12 ini hanya akan diketahui pada acara pelancarannya iaitu pada 29 Januari ini.