Close

Tesla mungkin perkenal model baru pada pertengahan 2025

Tesla dilaporkan bakal memperkenalkan model EV baru pada pertengahan 2025. Model baru tersebut akan menggunakan kod nama “Redwood”. Tesla juga telahpun memaklumkan perkara tersebut kepada pembekal mereka.

Model baru tersebut bukan dikategorikan sebagai sedan tetapi adalah sebuah ‘compact crossover’. Malangnya, buat masa ini tiada maklumat terperinci mengenai model baru ini.

Selain itu, Tesla merancang untuk memperkenalkan robo-taxi yang lebih murah dan menawarkan EV pada harga lebih kompetitif dengan asas binaan yang sama.

Pada ketika ini, Tesla bukan lagi pengeluar utama kenderaan elektrik selepas BYD berjaya memintas angka jualan kenderaan elektrik pada suku ke-4 tahun 2023. BYD telah menghantar sekitar 526,409 untuk suku ke-4 2023 manakala Tesla hanya menghantar sekitar 484,507 pada suku yang sama.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN