Penduduk Putrajaya kini boleh menikmati perkhidmatan Trackless Tram secara percuma bermula 1 hingga 4 Februari bersempena dengan Putrajaya Open Day (POD) 2024 yang akan bermula bulan depan.
Berikutan dari itu, Perbadanan Putrajaya mengajak anda untuk merasai sendiri projek rintis Transit Aliran Automatik (ART) secara percuma. Dengan ada perkhidmatan ini, ia dijangka akan menjadi alternatif terbaru pengangkutan awam di Putrajaya.
Namun begitu, butiran seperti laluan perjalanan, lokasi perhentian, harga tiket dan sebagainya buat masa ini belum lagi diumumkan. Perkara tersebut dijangka akan diumumkan dalam masa terdekat.
Selain Putrajaya, Sarawak juga telahpun memulakan ujian Tram ART berkuasa hidrogen pertama di dunia di Tanah Genting Kuching.