Kerajaan hari mengumumkan yang bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 1 akan mula diberikan kepada penerima yang layak bermula 29 Januari 2024.
Pembayaran STR Fasa 1 akan dikreditkan secara berperingkat melalui akaun bank atau secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR, mengikut kepada kategori kelayakan masing-masing.
Bagi yang layak namun tiada dalam pangkalan data STR, anda perlu membuat permohonan baru bagi membolehkan proses pengesahan mengikut kategori STR dimuktamadkan.
Untuk semakan status kelayakan atau maklumat lanjut mengenai STR boleh layari laman rasmi bantuantunai.hasil.gov.my atau manfaat.mof.gov.my.