Close

Konsol Xbox Series X dikesan melepasi SIRIM Malaysia – Dijual secara rasmi di Malaysia?

Konsol XBox Series X akhirnya akan dijual secara rasmi di Malaysia selepas dikesan melepasi pengesahan SIRIM Malaysia. Sekaligus, memberikan bayangan yang konsol tersebut akan diperkenalkan pada bila-bila dalam waktu terdekat.

Konsol tersebut telah dikesan melepasi SIRIM Malaysia pada 20 Disember 2023 dengan nombor model 1882 (XBox Series X) dan didaftarkan di bawah Ingram Micro Malaysia Sdn Bhd.

XBox Series X dengan nombor model 1882 adalah model paling terbaru yang ditawarkan dengan storan sehingga 1TB. Ingram Micro dijangka akan menjadi pengedar rasmi di Malaysia, syarikat yang sama menawarkan produk Microsoft yang lain seperti Surface Laptop Go,Surface Go 3 dan sebagainya.

Sejak diperkenalkan pada 2001, XBox tidak pernah ditawarkan secara rasmi di Malaysia. Namun, perkara tersebut bakal berubah tidak lama lagi. Jadi, kita mungkin boleh berharap yang Google Pixel akan menjadi peranti seterusnya yang akan ditawarkan secara rasmi di Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN