Close

Fungsi ‘Chat lock’ akan tiba pada WhatsApp Web

Fungsi ‘Chat lock’ yang diperkenalkan pada Mei tahun lalu pada pengguna Android dan iOS akan turut tersedia untuk WhatsApp Web. Fungsi ini membolehkan pengguna mengunci dan menyembunyikan perbualan tertentu.

Berdasarkan dari tangkap layar yang dikongsi, memperlihatkan fungsi tersebut sedang diuji dan terdapat pilihan chat lock. Namun begitu, cara untuk mengakses fungsi tersebut mungkin berbeza dari Android dan iOS.

Chat lock merupakan lapisan sekuriti yang berbeza dan memerlukan pengesahan melalui imbasan cap jari atau kata laluan sebelum perbualan yang dikunci dapat diakses. Sekiranya pengesahan gagal dilakukan, pengguna diminta untuk mengosongkan ruang perbualan sebelum mengaksesnya.

Selain itu, fungsi Chat lock ini turut memastikan kandungan media seperti video dan imej yang diterima tidak disimpan secara automatik di dalam galeri peranti.

ARTIKEL BERKAITAN