Close

Harga jualan konsol mudah alih MSI Claw tertiris

MSI telahpun memperkenalkan konsol mudah alih pertama mereka iaitu Claw. Terbaru, harga jualan untuk MSI Claw dan juga konfigurasi konsol tersebut telahpun tertiris.

MSI Claw akan ditawarkan dalam 3 pilihan varian dengan konfigurasi yang berbeza. Untuk model paling tinggi, ia dikuasakan dengan cip Intel Core Ultra 7-155H, 16GB RAM dan storan dalam 1TB. Manakala model pertengahan, ia dikuasakan dengan cip Intel Core Ultra 7-155H, 16GB RAM dan storan dalam 512GB. Untuk model permulaan ia dikuasakan dengan cip Inte Core Ultra 5-135H, 16GB RAM dan storan dalaman 512GB.

Untuk harga jualan, model paling tinggi dijual pada harga sekitar $799.99 (RM3778), model pertengahan $749.99 (RM3542) dan model permulaan $699.99 (RM3305). Namun begitu, tiada maklumat mengenai tarikh jualan konsol ini. Terdapat laporan menyatakan yang konsol ini mungkin akan dijual pada suku pertama 2024.

MSI Claw yang diperkenalkan pada CES 2024 bakal menjadi pencabar kepada beberapa konsol mudah alih lain seperti Lenovo Legion Go, ASUS ROG Ally dan Steam Deck.

ARTIKEL BERKAITAN