Close

TikTok uji fungsi pembelian baru – Beli produk dari video yang dilihat

TikTok dilaporkan sedang menguji fungsi pembelian baru pada platform mereka. Fungsi ini membolehkan pengguna untuk melakukan pembelian dari video yang dilihat pada platform tersebut.

TikTok akan mengenal pasti barangan yang diperlihatkan dalam video dan akan menyediakan pautan untuk barangan yang hampir sama melalui TikTok Shop. Pengguna hanya perlu menekan produk pada video tersebut dan akan membawa kepada pautan untuk pengguna membelinya.

Fungsi ini dilihat akan lebih memudahkan pengguna untuk membeli barangan yang dilihat melalui video. Selain itu, ia dapat meningkatkan potensi pengguna untuk membeli. Pengenalan fungsi ini juga adalah sebahagian usaha untuk menjadikan TikTok Shop sebagai platform e-dagang terkemuka di Amerika Syarikat.

Namun begitu, fungsi ini masih lagi dalam fasa ujian dan tersedia kepada pengguna terpilih sahaja buat masa ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN