Close

WTCA perkenalkan AION Y Plus di Malaysia – SUV EV dengan jarak gerak 430 km

Anak syarikat milik penuh kepada Warisan TC Holdings Bhd iaitu WTC Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA) secara rasmi memperkenalkan EV baru untuk pasaran tempatan iaitu AION Y Plus.

AION Y Plus merupakan sebuah SUV EV yang dibangunkan dengan platform GAC AION Electric Platform (AEP2.0). Dikuasakan dengan motor tunggal yang mampu menghasilkan 204 hp dengan tork 225 Nm. Dimuatkan dengan bateri 63.2 kWh yang mampu bergerak sejauh 430 km (WLTP). Menggunakan teknologi Magazine Battery Safety yang menawarkan keselamatan yang lebih baik.

Untuk pengecasan, AION Y Plus menyokong pengecasan pantas jenis DC 80kW dan pengecasan jenis AC 7kW. Selain itu, ia turut menyokong fungsi vehicle-to-load yang membolehkan ia digunakan untuk kemudahan elektrik seperti kipas, pemanas, konsol dan lain-lain.

Buat masa ini, tiada maklumat mengenai harga jualan untuk AION Y Plus namun ia dijangka akan mula ditawarkan pada separuh pertama 2024. WTCA akan menjadi pengedar ekslusif untuk EV sub-jenama GAC.

ARTIKEL BERKAITAN