Nothing secara rasmi mengesahkan yang mereka akan memperkenalkan peranti mampu milik pertama mereka. Peranti tersebut akan menggunakan kod nama Aerodactyl dan akan dikenali sebagai Nothing Phone (2a).
Phone (2a) dibina untuk penggunaan harian dan lebih baik berbanding Phone (1). Peranti ini akan turut menawarkan kemampuan prestasi dan kamera yang baik sesuai untuk pelbagai kegunaan. Lebih menarik, beberapa ciri Phone (2) akan tersedia dan akan turut menjalankan Nothing OS.
Selain Phone (2a), Nothing akan turut memperkenalkan dua produk audio baru di bawah sub-jenama mereka iaitu CMF. Dua produk tersebut adalah CMF Buds dan CMF Neckband Pro.
Phone (2a) dijangka akan diperkenalkan pada Februari ini di acara MWC 2024. Malaysia dijangka akan menjadi negara terawal akan menerima peranti ini selepas dikesan melepasi pengesahan SIRIM Malaysia baru-baru ini.