Close

Elon Musk mahu sekatan perdagangan dilakukan ke atas EV China

Industri EV China ketika ini sedang berkembang pesat dan jauh kehadapan berbanding pesaing lain. Berikutan itu, Elon Musk menyatakan yang EV China akan memusnahkan syarikat EV lain jika sekatan perdagangan tidak dikenakan.

Menurut Elon Musk, sekiranya tiada sekatan perdagangan dilakukan EV China bakal mencipta kejayaan yang luar biasa sekaligus menjadi kuasa besar dalam pengeluaran EV dunia. Penawaran harga EV yang lebih murah dari China menyaksikan kebanyakkan pasaran domestik dipegang oleh syarikat tersebut.

Perkara tersebut dapat dilihat selepas Tesla dipintas oleh BYD untuk menjadi pengeluar EV pertama di dunia. Dalam pada itu, Elon Musk turut memuji kecekapan dan kebolehan industri EV China yang berkembang dengan sangat pantas.

Selain BYD, NIO dan Xpeng adalah syarikat EV dari China yang popular dan sedang mengembangkan jualan mereka ke pasaran luar.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN