Bersempena dengan Hari Terbuka Putrajaya (POD) 2024. Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun sehingga 50% untuk kesalahan trafik terpilih. Tawaran ini bermula dari 1 hingga 4 Februari 2024 bertempat di Dewan Seri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya, bermula dari 9.00 pagi hingga 4.00 petang.
Untuk mengelakkan kesesakan semasa proses pembayaran, anda digalakkan untuk buat semakan awal tentang saman anda melalui portal web rasmi atau aplikasi MyBayar PDRM.
Bagi anda yang mempunyai kesalahan trafik ini masa yang sesuai untuk menyelesaikannya. Jangan dilepaskan peluang ini. Kongsikan info ini kepada keluarga, rakan dan kenalan supaya orang ramai dapat menyelesaikan saman trafik.