Close

HONOR guna bateri silikon-karbon generasi kedua pada siri Magic6

Siri HONOR Magic6 akan menjadi peranti pertama dari HONOR yang akan menggunakan teknologi bateri silikon-karbon generasi kedua. Bateri baru ini akan dilengkapi dengan cip khas yang dipanggil Power Enhanced Chip Honor E1.

Bateri silikon-karbon generasi kedua ini dikatakan menawarkan prestasi yang lebih baik dalam pelbagai keadaan. Selain itu, ia turut menawarkan peningkatan kapasiti bateri dan menyokong teknologi pengecasan yang lebih pantas.

Lebih menarik, cip khas tersebut boleh mengawal dan melaraskan arus bergantung kepada persekitaran. HONOR menyatakan yang bateri ini menawarkan prestasi lebih baik. lebih selamat dan lebih stabil dalam pelbagai cuaca dan suhu ekstrem sehingga -20°C.

Siri HONOR Magic6 akan diperkenalkan pada 25 Februari ini di acara MWC 2024. Peranti ini telahpun disahkan akan hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 3.

ARTIKEL BERKAITAN