TNG Digital Sdn.Bhd (TNGD) bakal mengenakan caj sebanyak 1% untuk semua tambah nilai TNG eWallet melalui kad kredit. Caj tersebut akan mula dikenakan pada 23 Februari 2024.
Antara sebab caj tersebut dikenakan adalah, mengekang pengeluaran wang yang melampau menggunakan kad kredit ke akaunk bank. Selain itu, mengurangkan kos tambah nilai kad kredit yang ditanggung oleh TNGD.
Berikutan itu, TNGD mengalakkan pengguna untuk mengunakan DuitNow Transfer atau kad debit untuk melakukan tambah nilai pada TNG eWallet kerana ianya adalah percuma.
Sebelum ini, TNGD telahpun mengenakan caj 1% untuk tambah nilai melalui kad kredit yang melebihi RM1000. Kini, semua tambah nilai melalui kad kredit akan dikenakan caj tanpa tanpa had minimum.