Skor penanda aras bagi dua cip andalan iaitu Snapdragon 8 Gen 4 dan Dimensity 9400 telahpun tertiris. Menariknya, skor tersebut dikesan melalui dua aplikasi penanda aras iaitu AnTuTu dan Geekbench.
Melalui skor penanda aras AnTuTu, cip Snapdragon 8 Gen 4 mencatatkan jumlah keseluruhan 313,3570. Manakala, cip Dimensity 9400 pula mencatatkan skor 344,9366. Secara keseluruhan, skor cip Dimensity 9400 dilihat lebih tinggi iaitu 10% berbanding cip Snapdragon 8 Gen 4.
Pada skor penanda aras Geekbench pula, cip Snpdragon 8 Gen 4 mendapat skor 2845 untuk satu teras dan 10628 untuk multi teras. Manakala cip Dimensity 9400 mendapat skor 2776 untuk satu teras dan 11739 untuk multi teras. Untuk ujian satu teras cip Snapdragon 8 Gen 4 dilihat lebih tinggi sementara untuk ujian multi teras Dimensity 9400 mencatat markah yang lebih tinggi.
Selain itu, cip Snapdragon 8 Gen 4 dikatakan akan menyokong kelajuan sehingga 4.0GHz pada teras utama. Sebagai perbandingan, cip Snapdragon 8 Gen 3 menyokong kelajuan pada 3.4Ghz pada teras utama. Kemampuan sebenar kedua-dua cip ini hanya akan diketahui pada acara pengenalannya kelak.