Samsung mungkin hadir dengan rekaan yang lebih drastik pada telefon lipat mereka yang seterusnya iaitu Galaxy Z Fold6.
Menurut laporan, Galaxy Z Fold6 akan tampil dengan reka bentuk yang lebih nipis berbanding model sebelumnya. Untuk menjadikan ia lebih nipis Samsung mungkin akan menggunakan teknologi engsel yang lebih maju dalam masa yang sama dapat mengurangkan kesan lipatan.
Tidak hanya nipis, peranti akan turut hadir dengan skrin luar yang lebih lebar. Berdasarkan dari imej yang dikongsi, rekaan skrin luar peranti ini mirip seperti OPPO Find N3 atau Google Pixel Fold. Dengan skrin luar yang lebih lebar, ia menjanjikan pengalaman skrin yang lebih baik dan memudahkan pengguna untuk menikmati pelbagai kandungan tanpa perlu membuka skrin utama.
Sekiranya laporan ini tepat, ia sesuatu yang menarik untuk dilihat. Pada ketika ini, HONOR Magic V2 adalah telefon lipat paling nipis dengan 9.9mm sahaja.