Close

vivo V30 diperkenalkan – Guna cip Snapdragon 7 Gen 3, kamera 50MP dan pengecasan 80W

vivo secara rasmi memperkenalkan peranti baru kelas pertengahan mereka melalui model vivo V30. Tampil dengan spesifikasi yang lebih menarik dan kemampuan kamera yang lebih baik.

Dari segi rekaan, V30 menggunakan rekaan mirip seperti vivo S18 namun dengan keupayaan kamera yang lebih baik. Hadir dengan skrin AMOLED jenis melengkung bersaiz 6.78-inci dengan resolusi 1260p. Turut menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak 2800 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 7 Gen 3 yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 512GB.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP OmniVision OV50E + 50MP ultra lebar dan swafoto 50MP. V30 adalah peranti pertama dipasaran yang menggunakan sensor OmniVision OV50E. Dimuatkan dengan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan FlashCharge 80W.

Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti penarafan IP54, sistem lampu Aura Light, NFC, Bluetooh 5.4, pengimbas cap jari bawah skrin dan menjalankan FunTouch OS 14 berasaskan Android.

Buat masa ini, harga jualan tidak didedahkan. Peranti ini dijangka akan turut dilancarkan untuk pasaran tempatan selepas dikesan melepasi pengesahan SIRIM Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN