Close

Cip baru Qualcomm dikesan – Bukan cip Snapdragon 8 Gen 4

Qualcomm dijangka akan memperkenalkan cip baru di bawah siri Snapdragon 8. Menariknya, cip baru ini akan diperkenalkan sebelum cip Snapdragon 8 Gen 4.

Menurut laporan, cip tersebut telah dikesan dengan kod nama SM8635 yang berkemungkinan akan dikenali sebagai cip Snapdragon 8s Gen 2 atau Gen 3 Lite. Menggunakan teknologi binaan 4nm dari TSMC dengan teras utama Cortex X4 berkelajuan 2.9GHz.

Untuk pretasi grafik, ia akan menggunakan GPU Adreno 735. Selain itu, cip ini dikatakan lebih berkuasa berbanding cip Snapdragon 8 Gen 2. Sebelum ini, Qualcomm turut memperkenalkan cip Snapdragon 8+ Gen 1 yang menawarkan peningkatan yang lebih baik dari segi prestasi dan kurang panas berbanding cip Snapdragon 8 Gen 1.

Cip ini dijangka akan diperkenalkan tidak lama lagi. Antara peranti terawal yang dijangka akan menggunakan cip ini adalah POCO F6.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN