Close

Spesifikasi dan rekaan ASUS Zenfone 11 Ultra tertiris

ASUS mungkin akan membawakan 2 pilihan varian untuk model mereka yang seterusnya iaitu Zenfone 11 dan Zenfone 11 Ultra. Sebelum ini, kami ada melaporkan mengenai Zenfone 11.

Terbaru, ASUS akan membawakan pilihan varian dengan skrin lebih besar melalui Zenfone 11 Ultra. Peranti ini akan dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.78-inci berbanding Zenfone 11 dengan 6.2-inci. Dari segi rekaan, peranti ini menggunakan rekaan mirip seperti siri ROG Phone 8. Selain rekaan, kotak jualan rasmi untuk Zenfone 11 Ultra turut diperlihatkan.

Untuk spesifikasi, Zenfone 11 Ultra akan dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 3, 16GB RAM LPDDR5X, storan dalaman 512GB UFS 4.0, bateri 5500mAh dan pengecasan 65W. Untuk fotografi, ia dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 13MP ultra lebar + 32MP telefoto dan swafoto 32MP.

Ini adalah kali pertama ASUS menawarkan 2 pilihan varian dengan salah satunya menggunakan skrin lebih besar. Sebelum ini, model Zenfone lebih memfokuskan kepada peranti dengan rekaan kompak. Penawaran ini boleh dikatakan agak menarik dan mengikut kepada permintaan pasaran ketika ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN