Nilai ringgit yang ditukar menggunakan Google currency converter mengalami masalah glitch selepas memaparkan 1 USD bersamaan dengan RM6.24.

Perkara tersebut dikongsi @MHaffizJ melalui platform X, beliau memperlihatkan hasil currency converter melalui Google menunjukkan kejatuhan nilai ringgit sekitar 1/5 daripada kadar dagangan sebelum ini iaitu RM4.75.
Tidak hanya mata wang USD, mata wang lain seperti GBP, EUR dan SGD turut memperlihatkan glitch yang sama iaitu RM 7.82 untuk 1 GBP, RM6.69 untuk 1 EUR dan RM4.63 untuk 1 SGD.
Walaubagaimanapun, semakan sumber lain seperti Bank Negara Malaysia (BNM) masih menunjukkan nilai ringgit kekal dan tidak menyusut secara mendadak.
The ringgit plunged to RM6.24 per dollar yesterday due to a glitch in Google's currency converter.
— The Futurizts (@TheFuturizts) February 6, 2024
This represents a drop in value of more than a fifth from the previous trading rate of RM4.75.
The converter also showed a similar error for other currencies:
• GBPMYR: 7.82
•… https://t.co/St1fBU1vmo
Menurut @TheFuturizts, ini bukan kali pertama Google currency converter menghadapi masalah glitch. Sebelum ini, mata wang Poland turun secara mendadak sebanyak 20%. Berikutan itu, Bank Pusat Poland menyatakan yang currency converter oleh Google tidak selalunya tepat.