Close

OPPO Reno11 F 5G diperkenalkan – Guna cip Dimensity 7050, kamera 64MP dan bateri 5000mAh

OPPO secara rasmi memperkenalkan satu lagi varian baru di bawah siri Reno11 iaitu Reno11 F 5G. Turut memfokuskan kepada kemampuan kamera yang baik seperti mana pada Reno11 5G dan Reno11 Pro 5G.

Reno11 F 5G hadir dengan skrin OLED bersaiz 6.7-inci dengan resolusi FHD+. Turut menyokong paparan 120Hz, HDR10+ dan kecerahan puncak sehingga 1100 nits. Dikuasakan dengan cip Dimensity 7050 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 64MP OIS + 8MP ultra lebar + 2MP makro. Untuk swafoto, ia hadir dengan sensor sebesar 32MP. Dimuatkan dengan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 67W.

Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti pengimbas cap jari bawah skrin, LinkBoost, Ultra-volume mode, penarafan IP56, NFC dan menjalankan sistem operasi ColorOS 14 yang berasaskan Android 14.

Di Thailand, Reno11 F 5G ini ditawarkan pada harga bermula TBH 10,990 (RM1459) dan ditawarkan dalam 3 pilihan warna iaitu Palm Green, Coral Purple dan Ocean Blue. Peranti ini dijangka akan turut ditawarkan untuk pasaran tempatan tidak lama lagi.

ARTIKEL BERKAITAN