Close

Tecno Spark 20 Pro tiba di Malaysia dengan harga bermula RM699

TECNO Malaysia secara rasmi memperkenalkan peranti baru untuk pasaran tempatan melalui model Spark 20 Pro. Tampil dengan spesifikasi yang menarik dengan harga yang mampu milik.

Untuk spesifikasi, Spark 20 Pro hadri dengan skrin LCD bersaiz 6.78-inci dengan paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip MediaTek Helio G99 Ultra yang dipadankan 12GB RAM dan storan dalaman 256GB. Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 108MP + 2MP makro + AI kamera. Manakala untuk swafoto, ia hadir dengan senor 32MP.

Dimuatkan dengan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti pengecasan USB-C, NFC, penarafan IP53, pembesar suara jenis stereo, Bluetooh 5.3 dan dynamic port fungsi seperti Dynamic Island.

Di Malaysia, Spark 20 Pro dijual pada harga bermula RM699 untuk 8GB + 256GB dan RM799 untuk 12GB + 256GB. Bagi yang berminat, peranti ini boleh didapatkan di semua pengedar rasmi Tecno di seluruh Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN