Close

Nintendo Switch 2 mungkin tiba seawal 2025

Konsol mudah alih yang seterusnya dari Nintendo mungkin akan menggunakan nama Switch 2 dan berkemungkinan akan diperkenalkan pada penghujung tahun ini.

Namun begitu, berdasarkan laporan terkini. Nintendo Switch 2 hanya akan diperkenalkan pada suku pertama 2025. Berbeza dengan laporan sebelum ini yang menyatakan ia akan diperkenalkan pada penghujung tahun 2024.

Menurut sumber, Nintendo telah menghubungi syarikat permainan dan memaklumkan mengenai penangguhan tersebut. Penangguhan dibuat bagi memastikan terdapatnya sokongan permainan yang baik selepas Switch 2 diperkenalkan.

Selain itu, terdapat laporan lain menyatakan yang Switch 2 dijangka akan menggunakan saiz skrin yang lebih besar iaitu 8-inci berbanding model sebelumnya yang menggunakan skrin yang lebih kecil iaitu 6.2-inci.

Switch 2 dilihat bakal menjadi pesaing kepada konsol mudah alih lain seperti Steam Deck, Asus ROG Ally, MSI Claw dan Lenovo Legion Go yang ditawarkan dengan skrin sekitar 7-inci hingga 8-inci.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN