Sebelum ini, kami ada melaporkan mengenai rekaan iPhone 16 yang tampil dengan rekaan kamera mirip seperti iPhone X. Menggunakan rekaan kamera berbentuk pil yang diletakkan secara menegak dengan kedua-dua kamera diasingkan.
This would appear to be the new camera module of the iPhone 16, as you can see the vertical positioning is confirmed pic.twitter.com/JWF5olGwQ4
— Majin Bu (@MajinBuOfficial) February 16, 2024
Terbaru, imej yang didakwa sebagai modul kamera untuk iPhone 16 telah tertiris sekaligus mengesahkan beberapa maklumat. Berdasarkan dari imej tersebut, memperlihatkan yang modul kamera untuk iPhone 16 tampil dengan rekaan menegak seperti yang dilaporkan sebelum ini.
So it would look like this? pic.twitter.com/05nr7ZlZCZ
— apple fan (@appleiphone120) February 16, 2024
Selain itu, pakar tiris @Unknownz21 tidak menafikan kesahihan modul rekaan tersebut namun mendakwa modul tersebut telah diletakkan secara terbalik. Manakala, MacRumours menyatakan yang modul kamera tersebut adalah casis kamera utama untuk projek kamera I-34 yang akan digunakan pada model asas iPhone 16 yang akan diperkenalkan pada akhir tahun ini.
Semua maklumat ini dilihat selari seperti apa yang dilaporkan sebelum ini yang menyatakan Apple akan menggunakan rekaan kamera menegak berbanding menyilang seperti pada iPhone 15 dan 15 Plus.
Selain itu, iPhone 16 mungkin akan menyokong action button dan juga capture button. Action button pada iPhone 16 dikatakan mengguna rekaan yang lebih kecil. Menggunakan teknologi kapasitif seperti butang Touch ID dan mampu mengesan tindak balas haptic atau tekanan seperti Force Touch yang digunakan pada MacBook.