Close

Apple mungkin perkenal produk baru pada minggu ini

Apple mungkin akan memperkenalkan produk baru mereka pada minggu ini. Produk baru yang dijangka akan diperkenalkan oleh Apple adalah iPad, Mac dan juga beberapa aksesori.

Menurut laporan, Apple dijangka akan memperkenalkan 3 peranti baru iaitu iPad Air, iPad Pro dan MacBook Air. Selain itu, Apple turut akan memperkenalkan 2 aksesori baru iaitu Magic Keyboard dan Apple Pencil.

Ketiga-tiga peranti ini dijangka akan membawakan peningkatan spesifikasi yang lebih baik namun kekal dengan rekaan yang sama. Untuk iPad Air, ia dijangka hadir dalam dua pilihan skrin iaitu 10.9-inci dan 12.9-inci. Tampil dengan rekaan kamera belakang yang berbeza dan dijana dengan cip Apple M2.

Manakala untuk iPad Pro, ia dijangka akan menjadi iPad Pro pertama menggunakan skrin OLED dan hadir dengan dua pilihan skrin 11-inci dan 13-inci. Akan dijana dengan cip Apple M3 yang menjanjikan prestasi yang lebih baik dan akan menyokong pengecasan tanpa wayar MagSafe dan papan kekunci Magic Keyboard baru.

Untuk MacBook Air, Apple berkemungkinan akan memperkenalkan dua model secara serentak iaitu 13-inci dan 15-inci. Akan dikuasakan dengan cip Apple M3 yang menjanjikan peningkatan prestasi grafik yang lebih baik dan menyokong rangkaian Wi-Fi 6E.

Tiada acara pelancaran yang akan dilakukan oleh Apple sebaliknya produk tersebut akan diperkenalkan secara atas talian melalui laman web rasmi mereka.

ARTIKEL BERKAITAN