Close

Meizu 21 Pro diperkenalkan – Guna cip Snapdragon 8 Gen 3, kamera 50MP dan pengecasan 80W

Meizu secara rasmi memperkenalkan peranti andalan mereka iaitu Meizu 21 Pro untuk pasaran China. Tampil dengan rekaan mirip seperti Meizu 21 namun dengan spesifikasi yang lebih berkuasa.

Meizu 21 Pro hadir dengan skrin BOE LTPO bersaiz 6.79-inci dengan resolusi 2K. Turut menyokong paparan 120Hz, kecerahan puncak 1250 nits dan PWM Dimming 2160Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 yang dipadankan dengan 16GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 1TB UFS 4.0.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP OIS dan EIS + 13MP ultra lebar + 10MP telefoto + sensor 3D ToF dan swafoto 32MP. Kamera ini mampu merakam video pada resolusi 8K. Bateri 5050mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas 80W berwayar, 50W tanpa wayar dan 10W reverse wireless charger.

Perkara menarik mengenai Meizu 21 Pro adalah terdapat lampu LED RGB yang diletakkan pada kamera belakang yang menyokong pelbagai fungsi seperti pemberitahuan notifikasi dan pengimbas cap jari jenis ultrasonik yang dikatakan boleh digunakan untuk mengira degupan jantung. Spesifkasi lain yang turut ditawarkan adalah seperti Bluetooth 5.4, NFC, WiFi 7, penarafan IP68 dan menjalankan sistem operasi FlymeOS 10.5 dengan pelbagai fungsi AI.

Di China, Meizu 21 Pro dijual pada harga bermula sekitar CNY4999 (RM3300) untuk versi asas. Meizu 21 akan dilancarkan di Malaysia pada 5 Mac ini namun tidak dapat dipastikan adakah model Pro akan turut ditawarkan atau sebaliknya.

ARTIKEL BERKAITAN