Close

Cip Google Tensor G4 dikatakan kurang panas dan lebih efisien

Seperti yang kita tahu, siri Pixel yang seterusnya iaitu Pixel 9 akan dikuasakan oleh cip Google Tensor G4 yang dibangunkan dengan kerjasama Samsung. Cip ini akan menggunakan teknologi binaa 4nm yang dihasilkan oleh Samsung Electronics Foundry.

Sumber : MySmartPrice X OnLeaks

Terbaru, cip Tensor G4 dikatakan akan mempunyai pengurusan haba yang lebih baik sekaligus menjadi ia kurang panas berbanding model sebelumnya. Selain itu, ia turut menawarkan peningkatan prestasi yang berkuasa dan lebih efisien.

Cip Tensor G4 akan dibina menggunakan teknologi termaju dari Samsung iaitu Foundry FO-WLP (Fan-out wafer-level packaging). Teknologi ini dikatakan lebih baik berbanding yang digunakan pada cip Tensor G3.

Sebagai rekod, Samsung dilihat berjaya mengembalikan kepecayaan pengguna melalui cip Exynos 2400 yang digunakan pada siri Galaxy S24. Untuk pasaran Korea, siri Galaxy S24 telah terjual lebih dari 1 juta unit hanya dalam masa 28 hari. Lebih baik dari mana-mana siri Galaxy S yang pernah dihasilkan oleh Samsung.

(Samsung)

ARTIKEL BERKAITAN