Samsung Malaysia secara rasmi memperkenalkan dua peranti baru untuk pasaran tempatan iaitu Galaxy A55 5G dan Galaxy A35 5G. Hadir dengan spesifikasi yang menarik bersama dengan kemas kini sehingga 5 tahun.
Untuk spesifikasi, Galaxy A55 5G dilengkapi dengan skrin Super AMOLED 6.6-inci dengan resolusi FHD+. Turut menyokong paparan 120Hz dan Vision Booster untuk pengalaman penggunaan skrin yang lebih baik. Menggunakan konfigurasi RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 256GB.
Dari segi fotografi, ia hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 12MP ultra lebar + 5MP makro dan 32MP swafoto. Untuk bateri, ia dimuatkan dengan bateri sebesar 5000mAh.
Manakala untuk Galaxy A35 5G, ia hadir dengan skrin Super AMOLED 6.6-inci dengan resolusi FHD+. Turut menyokong paparan 120Hz dan Vision Booster untuk pengalaman penggunaan skrin yang lebih baik. Menggunakan konfigurasi RAM sehingga 8GB dan storan dalaman sehingga 256GB.
Dari segi fotografi, ia hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 8MP ultra lebar + 5MP makro dan 12MP swafoto. Untuk bateri, ia turut dimuatkan dengan bateri sebesar 5000mAh.
Kedua-dua peranti ini menjalankan sistem operasi One UI 6.1 berasaskan Android 14. Menyokong kemas kini Android sehingga 4 tahun dan kemas kini keselamatan sehingga 5 tahun. Selain itu, ia turut tampil dengan fungsi keselamatan Samsung Knox Vault.
Samsung Malaysia buat masa ini belum lagi mendedahkan sebarang maklumat mengenai harga jualan dan ketersediaan peranti ini untuk pasaran tempatan. Kami menjangkakan yang maklumat tersebut akan diumumkan dalam masa terdekat.