Close

WhatsApp mula sekat ‘screenshot’ pada gambar profil

Fungsi baru yang menghalang pengguna untuk mengambil tangkap layar atau screenshot pada gambar profil telahpun tersedia pada beberapa pengguna. Sebelum ini, fungsi tersebut telahpun diuji oleh WhatsApp pada bulan lalu.

Pengenalan fungsi ini dapat meningkatkan lagi privasi pengguna dan melindungi gambar profil dari digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Sebelum ini, WhatsApp membenarkan pengguna untuk memuat turun gambar profil namun fungsi tersebut telah dialihkan keluar berikutan terdapat laporan gambar profil digunakan oleh pihak ketiga.

Walaubagaimanapun, masih terdapat alternatif lain yang boleh digunakan untuk mengambil gambar profil seperti menggunakan telefon kedua atau sebagainya.

Malangya, fungsi ini hanya tersedia untuk pengguna WhatsApp versi Android dengan nombor binaan 2.24.5.76. Kami telahpun mencuba fungsi ini dan ia berjaya. Tidak dapat dipastikan, bilakah fungsi ini akan tersedia untuk peranti iOS dan versi Desktop.

ARTIKEL BERKAITAN