Close

Xiaomi 14 Ultra – Kamera Leica lebih profesional dengan pelbagai naiktaraf!

Umum mengetahui, peranti paling premium dari Xiaomi untuk tahun ini adalah 14 Ultra. Tidak seperti model sebelumnya, Xiaomi 14 Ultra kini lebih memfokuskan kepada kebolehan videografi yang lebih baik melalui tetapan kuad-kamera Leica Summilux Lens.

Berikutan dari itu, kami ingin berkongsi kenapa Xiaomi 14 Ultra patut menjadi pilihan terbaik untuk pengalaman videografi seperti profesional.

Kamera Leica yang luar biasa

Perkara paling menarik pada Xiaomi 14 Ultra semestinya pada kemampuan kamera. Pada kali ini Xiaomi membawakan Lens to legend dengan tetapan kuad-kamera belakang dengan sensor utama 50MP 1-inci Sony LYT-900 OIS + 50MP Leica Ultra Lebar 12mm + 50MP Leica Floating Telefoto 75mm + 50MP Leica Periskop 120mm dan Swafoto 32MP.

Kemampuan kamera peranti ini sememangnya dalam kelasnya yang tersendiri. Keupayaan kamera Leica Summilux Lens sememangnya memberi kelebihan besar pada Xiaomi 14 Ultra kerana mampu memberikan hasil imej yang lebih berkualiti dan perincian yang lebih baik berbanding kamera telefon biasa. Selain itu, terdapat sokongan Leica Signature Color yang membolehkan pengguna memilih filter Leica Authentic atau Leica Vibrant untuk hasil yang lebih menarik.

Kemampuan kamera lain turut menawarkan hasil imej yang sangat baik. Untuk kamera Ultra Lebar, ia menawarkan Field Of View (FOV) yang lebih luas serta kurang distortion dengan perincian imej yang dihasilkan tajam. Sementara untuk kamera periskop, ia memberikan kebolehan zum yang lebih baik dan lebih jauh sehingga 120x zum digital dengan hasil imej yang diberikan kekal jelas dan terperinci.

Untuk potret, ia kini hadir dengan dua pilihan portait baru yang iaitu Master Portrait atau Leica Portrait. Kedua-dua pilihan ini mempunyai kelebihan dan keunikan yang tersendiri sekaligus memberikan pengguna lebih banyak pilihan untuk kamera potret.

Videografi lebih profesional

Peningkatan paling ketara pada Xiaomi 14 Ultra adalah pada kemampuan videografi. Xiaomi kini membawakan beberapa fungsi baru untuk memberikan pengalaman videografi seperti profesional. Fungsi baru Movie Mode membolehkan anda menghasilkan video yang lebih sinematik dengan nisbah aspek 2.39:1.

Selain itu, fungsi ini membolehkan video mempunyai kesan Bokeh yang cantik dan terdapat dua pilihan Blur Effect iaitu Regular dan Wide. Untuk Regular, ia menawarkan kesan seperti normal Bokeh manakala Wide menawarkan kesan Bokeh yang lebih dinamik.

Terdapat juga fungsi MasterCinema yang membolehkan video dirakam dalam format HDR pada resolusi sehingga 4K 30fps yang memberikan hasil video nampak lebih vibrant dan lebih terperinci. Tidak ketinggalan, terdapat fungsi 180° Shutter Rule yang membolehkan video yang dihasilkan nampak Authentic dan lebih sinematik dengan kesan Motion Blur.

Untuk memberikan pengalaman videografi yang lebih baik, Xiaomi telah membawakan fungsi Director Mode. Fungsi ini memberikan pengguna lebih banyak kawalan yang sama seperti profesional. Antara kawalan yang boleh diubah adalah seperti Aperture, ISO, White Balance, format LOG, resolusi sehingga 8K, fps sehingga 120 dan banyak lagi.

Kelebihan ini membolehkan anda merakam video dengan lebih fleksibel dan melakukan suntingan (Color Grading) mengikut kepada kreativiti sekaligus memberikan hasil video seperti seorang videografi profesional. Tidak seperti sebelum ini, Xiaomi 14 Ultra kini menyokong rakaman Video Swafoto sehingga 4K 60fps yang memberikan hasil video yang lebih baik berbanding model sebelumnya.

Tidak ketinggalan, peranti ini turut menyokong rakaman Dolby Vision pada resolusi sehingga 4K 60fps yang menjadikan hasil video mempunyai kontras warna yang lebih vibrant dan lebih terperinci. Terdapat juga beberapa fungsi lain yang turut disertakan seperti Audio Zoom untuk rakaman video yang memfokuskan kepada satu audio sahaja dan 4-Mic Array untuk rakaman video dengan kualiti audio 360 darjah.

Kesimpulan

Secara keseluruhan, kemampuan fotografi dan videografi pada Xiaomi 14 Ultra sememangnya luar biasa. Jadi, penggunaan perkataan Lens to legend boleh dikatakan sangat sesuai dengan apa yang ditawarkan oleh Xiaomi.

Bukan itu sahaja, Xiaomi 14 Ultra turut hadir dengan spesifikasi dan pakej yang menarik. Dikuasakan dengan cip terkini dari Snapdragon 8 Gen 3 yang dipadankan dengan 16GB RAM dan storan dalaman 512GB. Menggunakan skrin AMOLED bersaiz 6.73-inci dengan resolusi 2K yang menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak 3000 nits.

Di Malaysia, Xiaomi 14 Ultra pada harga RM5199 untuk 16GB + 512GB. Ditawarkan dalam 2 pilihan warna Hitam dan Putih. Bagi yang berminat peranti ini boleh dipra-tempah sekarang sehingga 21 Mac.

Setiap pra-tempahan akan menerima hadiah premium bernilai RM2346.94 seperti Photography Kit (RM799), Xiaomi 80W Wireless Charging Stand (RM599), langganan Google One 6 Months (RM50.94) dan jaminan tambahan 1 tahun (RM299) dan banyak lagi.

ARTIKEL BERKAITAN