Close

Apple Vision Pro mungkin akan dijual kepada lebih banyak negara – Malaysia tiada dalam senarai

Tidak dinafikan, set kepala realiti pertama dari Apple iaitu Vision Pro telah berjaya mencipta perspektif yang berbeza mengenai teknologi Spatial Computing. Namun begitu, peranti tersebut hanya tersedia untuk pasaran Amerika Syarikat sahaja.

Terbaru, Apple berkemungkinan akan menawarkan Vision Pro kepada lebih banyak negara. Perkara tersebut merujuk kepada kod pembangun VisionOS baru yang dilihat mula menyokong lebih banyak bahasa antaranya :

  • Cantonese, Tradisional
  • Chinese, Dimudahkan
  • Inggeris (Australia)
  • Inggeris (Kanada)
  • Inggeris (Jepun)
  • Inggeris (Singapura)
  • Inggeris (UK)
  • Perancis (Kanada)
  • Perancis
  • Jerman
  • Jepun
  • Korea

Dengan sokongan bahasa yang lebih banyak ia memberikan gambaran yang Vision Pro akan ditawarkan pada negara tersebut. Selain itu, Hong Kong dan Taiwan juga dikatakan negara yang berpotensi untuk menerima Vision Pro. Pada ketika ini, Vision Pro hanya menyokong satu bahasa sahaja iaitu Inggeris (AS) dan juga Emoji. Malangnya, Malaysia tiada dalam senaraikan biarpun Apple Store pertama di Malaysia dijangka akan dibuka pada tahun ini.

Di Amerika Syarikat, Vision Pro dijual pada harga bermula sekitar $3499 (RM16K) untuk 256GB, $3699 (RM17K) dan $3899 (RM18K) untuk 1TB.

ARTIKEL BERKAITAN