Teknologi pengimbas cap jari ultrasonik membolehkan nyahkunci peranti dilakukan dengan lebih pantas dan lebih tepat berbanding pengimbas cap jari optik.
Terbaru, Huawei dilaporkan telah memfailkan paten teknologi pengimbas cap jari ultrasonik baru. Teknologi ini terpaksa dihasilkan oleh Huawei kerana sekatan Amerika Syarikat ke atas mereka sekaligus menghalang untuk menggunakan pengimbas cap jari ultrasonik yang telah dipatenkan oleh Qualcomm.
Berikutan dari itu, kebanyakkan pengeluar menggunakan pengimbas cap jari ultrasonik yang dipatenkan oleh Qualcomm.
Perbezaan antara pengimbas cap jari ultrasonik dari Qualcomm dan Huawei adalah dari segi binaan. Huawei menggunakan rekaan elektrod bertindan, lapisan peizeoelektrik dan juga tatasusunan unit piksel elektrod. Menariknya, teknologi ultrasonik baru dari Huawei ini dikatakan mampu menghantar dan menerima isyarat cap jari dengan lebih tepat dan pantas.
Dengan ketibaan teknologi ini, Huawei dapat mengurangkan kebergantungan kepada syarikat lain dalam masa yang sama memperluaskan penggunaannya kepada peranti mereka. Selain itu, ia juga bakal menjadi alternatif bagi pengeluar lain pada masa akan datang.