Close

realme 12 5G tiba di Malaysia dengan harga bermula RM1099

realme secara rasmi memperkenalkan satu lagi model baru di bawah siri realme 12 iaitu realme 12 5G. Peranti ini tampil dengan spesifikasi yang lebih baik dan paling menarik ia tampil dengan fungsi baru iaitu Dynamic Button.

realme 12 5G hadir dengan skrin IPS LCD bersaiz 6.72-inci dengan resolusi FHD+. Turut menyokong paparan 120Hz dengan kecerahan puncak 980 nits. Dikuasakan dengan cip Dimensity 6100+ yang dipadankan dengan RAM sehingga 8GB dan storan dalaman sehingga 512GB.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 108MP ISOCELL HM6 + 2MP depth dan 8MP kamera swafoto. Dimuatkan dengan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W. Spesifikasi lain yang turut dimuatkan adalah bicu audio 3.5mm, pembesar suara jenis stereo, pengimbas cap jari pada butang kuasa dan menjalankan realme UI 5.0 berasaskan Android 14.

Perkara paling menarik mengenai realme 12 5G adalah fungsi Dynamic Button. Merupakan butang pintas yang diintergrasikan dengan butang kuasa dan diletakkan di bahagian sisi kanan. Butang ini membolehkan pelbagai akses pintas dilakukan seperti membuka aplikasi kamera, mengaktfikan airplane mode dan sebagainya.

Di Malaysia, realme 12 5G dijual pada harga bermula RM1099 (8GB + 256GB) dan RM1299 (8GB + 512GB). Bagi yang berminat, peranti ini boleh didapatkan di Lazada, Shopee dan TikTok Shop.

ARTIKEL BERKAITAN